News
09 January 2024
Aktiviti Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan
2 Ogos 2023 - Sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan, beberapa aktiviti menarik terus dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia, dan Sukan, dengan kerjasama Young Professionals Network Brunei, melalui Youth Connect Open Space. Acara tersebut berlangsung sepanjang tiga hari, bermula 1hb sehingga 3hb Ogos 2023 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga turut mengambil bahagian pada hari kedua dengan mengendalikan aktiviti-aktiviti interaktif mengenai Wawasan Brunei 2035 bersama para belia. Aktiviti dimulakan dengan Eksplorasi Mini yang disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB. Pelbagai permainan teka-teki telah dijalankan seperti silang kata, carian perkataan, charade dan maze yang memberikan tumpuan kepada ciri-ciri meningkatkan produktiviti dan kerja berpasukan yang berkesan, serta menguji pengetahuan belia mengenai Wawasan Negara.
Seterusnya, aktiviti diikuti dengan First Five minutes of theFuture yang dikendalikan oleh Yang Mulia Dayang Nur Amalina binti Awang Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan. Aktiviti tersebut bukan sahaja meningkatkan pemikiran kritikal, tetapi juga meningkatkankepekaan belia terhadap isu-isu yang mungkin akan terjadi dimasa hadapan.