News
10 January 2024
Lawatan Sambil Belajar Daripada Programme Master Of Management, UBD School Of Business and Economics
21 Oktober 2023 - Seramai 22 pelajar dan pensyarah Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bilik 1, East Wing, JPM.
Yang Mulia Siti Nur Ardina binti Awang Daud, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB memfokuskan tentang matlamat-matlamat Wawasan Negara, kronologi perjalanan wawasan, serta inisiatif-inisiatif dan perkembangan negara setakat ini.
Aktiviti berupa perbincangan juga diselitkan untuk meneroka beberapa idea yang akan dapat membantu menangani pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada lawatan sambil belajar bagi pelajar-pelajar Programme Master of Management, UBD School of Business and Economics bagi modul Public Sector Management.