News
10 January 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)
1 November 2023 - Seramai 70 peserta Program Induksi dari beberapa Kementerian dan Jabatan berpeluang mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Program yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), JPM terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dalam Bahagian II, III, IV dan V.
Taklimat yang diadakan di Dewan Isyraq, IPA itu, Yang Mulia Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II antaralain mengongsikan pengenalan mengenai peranan Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 (MTWB) yang memberikan hala tuju di peringkat tertinggi dan peranan PWB sebagai sekretariat kepada Majlis tersebut.