News
30 July 2019
Energy and Industry Department receives Wawasan Talk
Jabatan Perdana Menteri, 24 Mac 2018
Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri meneruskan usaha-usaha pemberigaan dengan memberikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada Jabatan Tenaga dan Perindustrian. Seramai 164 pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Tenaga dan Perindustrian telah menghadiri taklimat berkenaan. Turut hadir dalam sesi taklimat ini ialah Yang Mulia, Dato Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri Tenaga dan Perindustrian.
Tujuan taklimat kepada penjawat awam diadakan adalah untuk memastikan pensejajaran diantara kesemua jabatan dan kementeriaan kerajaan dan mengukuhkan lagi pendekatan kerajaan secara "Whole of Government".
Ianya adalah amat penting bagi setiap pegawai dan kakitangan di kementerian dan jabatan kerajaan untuk memahami peranan mereka sebagai individu-individu yang aktif menjayakan Wawasan Brunei 2035. Oleh itu, sesi ini juga memberikan peluang kepada warga Jabatan Tenaga dan Perindustrian untuk mengemukakan pandangan serta pertanyaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Wawasan Brunei 2035.