Sign In

RAKYAT YANG BERPENDIDIKAN, BERKEMAHIRAN TINGGI DAN BERJAYA

Taraf Antarabangsa Yang Tertinggi

Matlamat 1 bagi Wawasan Brunei 2035 menumpukan kepada melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Bagi mencapai hasrat Negara Brunei Darussalam untuk menjadi sebuah negara yang maju, ianya  bergantung kepada asetnya yang paling berharga iaitu rakyat negara. Sumber tenaga manusia di negara ini hendaklah mampu membekalkan negara di samping berpegang kepada nilai-nilai Melayu Islam Beraja. Bagi memastikan kejayaan, negara beraspirasi untuk mencapai satu sistem pendidikan kelas pertama yang holistik, dengan fokus kepada memastikan pelajar-pelajar di semua peringkat dilengkai dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran abad ke-21. Ini termasuk peringkat rendah, menengah, teknikal, vokasional serta pengajian tinggi.

Sistem pendidikan dan latihan yang kukuh akan dapat memastikan kesemua individu mempunyai peluang untuk berkembang mengikut potensi mereka dan menjadi tenaga kerja yang produktif bagi memenuhi keperluan tenaga manusia. Berdasarkan Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035, Matlamat 1 mempunyai tiga (3) Hasil Pencapaian Kebangsaan, enam (6) Bidang Utama dan lapan (8) Petunjuk Prestasi Utama. 

Pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat yang mantap akan dapat memastikan kesemua individu mempunyai peluang untuk berkembang mengikut potensi mereka dan menjadi tenaga kerja yang produktif bagi memenuhi keperluan tenaga manusia. Berdasarkan Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035, Matlamat 1 mempunyai tiga (3) Hasil Pencapaian Kebangsaan, enam (6) Bidang Utama dan lapan (8) Petunjuk Prestasi Utama.

Matlamat Wawasan

Hasil Pencapaian Kebangsaan

Bidang Utama

KPI

Rakyat Yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi Dan Berjaya

Rakyat Yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi Dan Berjaya

http://wawasan2035-pmo-poc.egc.gov.bn/Site%20Images/framework-01a.png

Sistem Pendidikan Kelas Pertama

Peluang Pendidikan Yang Saksama

Peluang Pendidikan Yang Saksama

Pembangunan Sumber Tenaga Manusia

Pembangunan Sumber Tenaga Manusia

  • Guru yang berkualiti tinggi dan berkelayakan
  • Sekolah yang berkualiti tinggi
  • Memastikan pencapaian dan kejayaan pelajar yang tinggi
  • ​Penyertaan tinggi dalam pendidikan
  • Hasil pendidikan pasca-menengah yang berkualiti tinggi
  • Peluang dan akses kepada pembelajaran sepanjang hayat

8 KPI