Sign In

EKONOMI YANG DINAMIK DAN BERDAYATAHAN

10 Negara Teratas Di Dunia Dari Segi Pendapatan Per Kapita

Ekonomi Negara Brunei Darussalam pada masa ini adalah amat bergantung kepada sektor minyak dan gas sebagai sumber eksport dan hasil pendapatannya. Bagi memastikan ekonomi yang berdaya tahan untuk generasi masa depan, Matlamat 3 di bawah Wawasan Brunei 2035 berhasrat untuk mengubah negara menjadi sebuah negara maju yang mempunyai pendapatan tinggi, menggunakan pengetahuan dan teknologi sebagai asas pembangunan dan mengukuhkan penglibatan sektor swasta di samping mengekalkan peranan kerajaan dalam memudahcara pembangunan ekonomi negara.

Oleh itu, mempelbagaikan ekonomi merupakan antara agenda utama dalam pembangunan ekonomi negara. Dalam Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035, Matlamat 3 mengandungi empat (4) Hasil Pencapaian dan sebelas (11) Bidang Utama yang dipantau menggunakan lima belas (15) Petunjuk Prestasi Utama.

Matlamat Wawasan

Hasil Pencapaian Kebangsaan

Bidang Utama

KPI

Ekonomi Yang Dinamik Dan Berdayatahan

Ekonomi Yang Dinamik Dan Berdayatahan

Pertumbuhan Ekonomi yang Tinggi dan Berdayatahan

Pertumbuhan Ekonomi Yang Tinggi dan Berdayatahan

Kepelbagaian Ekonomi

Kepelbagaian Ekonomi

Tahap Pengangguran yang Rendah

Tahap Pengangguran yang Rendah

Kestabilan Makroekonomi

Kestabilan Makroekonomi

  • Pengeluaran dan produktiviti
  • Pelaburan
  • Kepelbagaian sektor
  • Kepelbagaian ekspot
  • Meluaskan asas hasil
  • Penjanaan pekerjaan
  • Mobiliti tenaga kerja
  • Kestabilan harga
  • Imbangan luar
  • Kestabilan fiskal
  • Kestabilan kewangan

15 KPI