News
25 January 2024
Taklimat bagi Hari Terbuka Perpustakaan UBD
16 Januari 2024 - Sempena Hari Terbuka Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 di Ruang Bicara Minda, Bangunan Utama Perpustakaan, UBD. Taklimat dihadiri oleh para mahasiswa, pensyarah-pensyarah, pegawai dan kakitangan UBD berserta pelajar-pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat I, antaralain menekankan bahawa rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sebagai pemacu utama dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 yang mana kejayaan negara bergantung kepada penglibatan dan komitmen penuh serta kerjasama berterusan daripada semua individu.
Hari Terbuka UBD yang diadakan selama empat hari bermula dari 15 Januari hingga 18 Januari 2024 dibukakan kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat akan peranan, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan serta disediakan oleh UBD.