News
19 May 2018
Pakatan Sang Jati Dusun Mengenali Wawasan 2035
Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) telah menjemput Sekretariat Tetap Wawasan Brunei untuk menyampaikan talkimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada warga puak Dusun bertempat di Pusat Pakatan Sang Jati Dusun, Bukit Udal, Tutong pada 1 Mei 2018 sempena Sambutan Adau Gayoh 2018.
Aktiviti ini merupakan antara inisiatif pihak PSJD untuk mendalami lagi Wawasan Brunei 2035 dengan mengetahui tetang matlamat-matlamat Wawasan dan Hasil Pencapaian Negara. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Awang Eyad Samhan bin Nyawa, Pengerusi PSJD dan ahli-ahli PSJD serta warga-warga puak Dusun.