News
16 March 2024
Taklimat bagi Seminar “Brunei Digital Libraries: Where are we now?"
19 Februari 2024 - Sempena ulang tahun Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam ke-38, Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri berkesempatan untuk menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 semasa seminar “Brunei Digital Libraries: Where are we now?" di Ruang Bicara Minda, Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Seminar yang dihadiri seramai 89 peserta, terdiri daripada pustakawan jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi, dikendalikan oleh Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam (BLA) dengan kerjasama Perpustakaan UBD.
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Amalina binti Hj Awang Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, antara lain mengongsikan inisiatif dan perkembangan terkini pembangunan negara termasuk pelaksanaan perpustakaan digital yang mana dapat menyumbang kepada matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035. Seminar yang berlangsung selama satu hari itu diakhiri dengan resolusi mengenai langkah ke hadapan, menyeru piawaian dan garis panduan mengenai infrastruktur, tenaga kerja, teknologi dan kewangan untuk mendukung perkembangan maklumat digital pada masa hadapan.