News
23 March 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Perkhidmatan Awam bagi Jabatan Daerah Brunei dan Muara
26 Februari 2024 – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai Wawasan Negara, seramai 57 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan Daerah Brunei dan Muara menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri.
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Farrizz bin Saralfari, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II (i-Ready) menerangkan, antara lain mengenai kepentingan usahasama melalui pendekatan seluruh Whole of Government ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dan usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan serta perkembangan negara.
Taklimat yang berlangsung di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara merupakan sebahagian daripada pengisian Program Latihan Dalaman (In-House Training) - Kursus Induksi Perkhidmatan Awam yang mana diadakan selama lima hari pada 26 Februari hingga 2 Mac 2024.