News
29 April 2024
Sesi Bengkel Perkongsian bagi Program-Program di bawah Sekolah Perkhidmatan Teknologi Bangunan, IBTE Kampus Na RAGAM
18 April 2024 - Seramai 46 orang terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar dari
Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Nakhoda Ragam menghadiri
taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan yang Mampan
(SDG). Taklimat yang dikendalikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan
Perdana Menteri (JPM) itu diadakan di Bilik East Wing, JPM.
Acara dimulakan dengan taklimat Wawasan Brunei 2035 oleh Yang Mulia Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, yang mana beliau memberikan gambaran yang komprehensif mengenai pembangunan negara setakat
ini, pelaksanaan inisiatif-inisiatif dan penglibatan pelbagai pihak termasuk sektor
kerajaan, sektor swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan orang ramai
dalam sama-sama menyumbang dalam merealisasikan Wawasan Negara.
Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada program HNTec in Real Estate Management and Agency dan HNTec in Geomatics dari
Sekolah Perkhidmatan Teknologi Bangunan. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan meluas kepada para pelajar
mengenai usaha-usaha dalam meningkatkan produktiviti negara dari segi infrastruktur, dan langkah-langkah lain untuk
merealisasikan Wawasan Negara