03 July 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei (RTB)
20 Mei 2024 – Dalam usaha untuk memberigakan Wawasan Brunei 2035, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyampaikan taklimat semasa Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei (RTB) bagi pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat. Taklimat yang dihadiri seramai 29 peserta itu diadakan di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.
Dalam taklimat tersebut, Yang Mulia Muhammad Farrizz bin Saralfari, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II (i-Ready), memberikan para peserta pemahaman yang lebih mendalam mengenai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035, dan inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang giat dilaksanakan serta perkembangan negara hingga ke hari ini.
Taklimat ini adalah salah satu sesi yang dimuatkan di dalam Kursus Induksi RTB yang diadakan pada 13 Mei hingga 20 Mei 2024. Antara objektif taklimat ini adalah untuk memberikan wadah dan suntikan semangat komitmen kerja dalam menjalankan tugas sebagai penyiar 'broadcaster' di RTB.