News
03 July 2024
Taklimat bagi Sesi Perkongsian Ilmu Kementerian Kewangan dan Ekonomi
10 Jun 2024 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 sebagai salah satu pengisian bagi Sesi Perkongsian Ilmu (Knowledge Sharing Session) yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Seramai 88 orang pegawai dan kakitangan daripada Pasukan Pemantauan Projek-Projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) iaitu terdiri daripada penyelaras-penyelaras projek RKN daripada Kementerian-Kementerian telah menghadiri taklimat tersebut.
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat I, memberikan pendedahan meluas mengenai usaha-usaha dan perkembangan dan pencapaian negara serta penjelasan terperinci mengenai Wawasan Brunei 2035. Taklimat tersebut juga membantu untuk mencapai objektif sesi diadakan iaitu bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pengurusan projek-projek sebagai penambahbaikan dalam pengendalian projek-projek Rancangan Kemajuan Negara.