News
06 July 2024
Pejabat Wawasan Brunei Ikut Serta Pameran Forum Brunei Mampan
26 Jun 2024 – Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan di Forum Brunei Mampan anjuran Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Sekretariat Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals - SDG) dengan kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Brunei Darussalam (UBD) selama dua hari bersempena Brunei Mid-Year Conference dan Exhibition (MYCE) 2024.
Sepanjang forum berkenaan, maklumat terkini mengenai Wawasan Negara diberigakan melalui kaunter pameran dengan berinteraksi bersama peserta-peserta forum dan juga ahli-ahli panel dalam dan luar negara.
Objektif utama Forum Brunei Mampan ialah untuk menyediakan platform bagi pegawai kanan serta pakar tempatan dan luar negara daripada agensi kerajaan, institusi akademik, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan belia untuk bertukar pengalaman dan membincangkan penyelesaian kreatif, praktikal dan mampan bagi mempercepatkan lebih banyak kemajuan dalam pelaksanaan SDGs, terutama Matlamat Ke-12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab).