News
31 July 2024
Taklimat bagi Universiti Brunei Darussalam Freshers Week Sesi Akademik 2024/2025
25 Julai 2024 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneruskan lagi pemberigaan mengenai Wawasan Negara kepada pelajar-pelajar baharu Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang sedang menjalani UBD Freshers Week Sesi Akademik 2024/2025 bermula pada 22 Julai hingga 26 Julai 2024.
Seramai 574 orang pelajar baharu, yang mengikuti ijazah sarjana muda, diberikan pendedahan meluas terhadap Wawasan Brunei 2035 merangkumi inisiatif-inisiatif, perkembangan dan usaha sama pihak Kerajaan bersama pihak-pihak yang berkepentingan bagi membangun negara. Taklimat yang diadakan di Dewan Canselor, UBD disampaikan oleh Yang Mulia Hjh Siti Khadijah DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II.
Antara perkara yang ditekankan juga semasa taklimat tersebut adalah peranan pelajar-pelajar, sebagai belia yang merupakan tonggak kekuatan negara dalam menyumbang ke arah pembangunan serta kemajuan negara pada masa akan datang.