News
29 August 2024
Taklimat bagi Program Perkembangan Eksekutif Siri 19/2024 anjuran Kementerian Pertahanan
8 Ogos 2024 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima lawatan daripada peserta-peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 19/2024 anjuran Kementerian Pertahanan untuk memahami lebih mendalam mengenai Wawasan Negara. Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Nur Edzalina binti Haji Idris, Pemangku Pengarah Wawasan Brunei, itu berlangsung di Dewan Teater Utama, JPM.
Program yang dikendalikan oleh Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah itu dijalankan bermula 9 Julai 2024 sehingga 11 Oktober 2024.
Peserta-peserta bagi program ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata dari luar negara dan juga pegawai-pegawai kanan dari pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan.