News
29 August 2024
Taklimat bagi Perkhemahan Belia Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (SDG Youth Camp)
10 Ogos 2024 - Sebagai usaha ke arah merealisasikan Wawasan Negara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyampaikan taklimat semasa Perkhemahan Belia Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals - SDG Youth Camp) di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
Taklimat yang dihadiri seramai 31 orang pelajar-pelajar Tahun 9-11 bertujuan bagi mengongsikan kepada para belia mengenai matlamat Wawasan secara menyeluruh. Antara perkara yang turut ditekankan adalah belia memainkan peranan penting dalam sama-sama menyumbangkan kepada pembangunan negara serta memajukan negara dari pelbagai aspek. Aktiviti berkaitan dengan Wawasan Negara juga turut diselitkan bagi menguji minda para belia.
Perkhemahan diadakan selama 5 hari dan 4 malam dianjurkan oleh JPM dengan dukungan Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) Sdn Bhd selaku rakan rasmi acara dan kerjasama Kementerian Pendidikan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; International School Brunei (ISB); Majlis Belia Brunei dan Green Brunei. Ia menyediakan platform bagi para peserta yang akan mengikuti ISB Borneo Global Issues Conference (BGIC) untuk meneroka dan memahami matlamat-matlamat SDG selaras dengan Wawasan Brunei 2035.