News
02 September 2024
Mentors Briefing bagi Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2024
24 Ogos 2024 – Sebagai persediaan awal bagi Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2024, mentor-mentor undangan BYLC 2024 telah menghadiri sesi taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ianya bertujuan bagi meningkatkan kefahaman para mentor mengenai Wawasan Negara termasuk pengongsian pembangunan terkini serta pencapaian negara sebelum berlangsungnya BYLC pada 17hb sehingga 19hb September 2024.
Mentor-mentor undangan terdiri daripada wakil sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin akar umbi, pensyarah-pensyarah dan pakar motivasi ini akan terlibat di dalam forum, sesi perbincangan dan klinik mentor bersama para peserta BYLC.