News
23 August 2018
Taklimat bagi Warga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
Pusat Persidangan Antarabangsa, 18 Julai 2018,
Pemberigaan kepada Kementerian dan Jabatan Kerajaan diteruskan dengan satu lagi sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang. Seperti lazimnya, sesi tersebut diserapkan dengan sebuah taklimat mengenai pelan strategi Kementerian berkenaan yang membantu dalam memberikan gambaran jelas tentang pensejajaran kepada Wawasan Brunei 2035.
Taklimat kepada Pegawai dan Kakitangan Kementerian dan Jabatan kerajaan adalah satu inisiatif bagi memastikan warga kerajaan mengetahui akan Wawasan Brunei 2035 dan akan dapat mensejajarkan tugas dan tanggungjawab mereka kepada Wawasan brunei 2035.
Para peserta telah menyuarakan kebimbangan mereka disamping menunjukkan semangat untuk bersama-sama menjayakan wawasa. Antara petikan daripada sesi soal jawab bersama para peserta..
"..Di manakah peranan warga awam dalam
pendekatan whole of nation dan
bagaimanakah warga awam
boleh memberikan maklumbalas.."
"..Saya belum terdedah kepada pemberigaan
Wawasan Brunei 2035 dan berharap
maklumat tentang nya akan dapat
dikongsikan bersama orang awam.."
Sebanyak 65 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri telah hadir bagi mengikuti taklimat berkenaan.