News
21 October 2024
Taklimat bagi Kursus Staf Pertengahan Siri 24/2024
24 Sept 2024 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat kepada peserta-peserta Kursus Staf Pertengahan Siri 24/2024 yang dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PKP AP ABDB).
Peserta-peserta bagi kursus ini terdiri daripada 38 pegawai-pegawai berpangkat Kapten termasuk pegawai-pegawai tentera daripada ABDB, pegawai daripada Pasukan Polis Diraja Brunei, pegawai-pegawai tentera daripada China, Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand dan Vietnam. Kursus tersebut dijalankan bermula 26 Ogos 2024 sehingga 29 November 2024 (14 minggu).