News
11 December 2024
Taklimat bagi Program Masyarakat Bermaklumat
28 Nov 2024 – Taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan sebahagian daripada pengisian Program Masyarakat Bermaklumat, yang diadakan di Auditorium Jabatan Penerangan. Peserta-peserta program terdiri daripada 33 orang pencari-pencari pekerjaan yang berdaftar dengan Pusat Pekerjaan Brunei dan mahasiswa yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi tempatan.
Semasa taklimat tersebut, PWB menerangkan aspirasi negara dan usaha-usaha yang giat dilaksanakan, mengukuhkan lagi jati diri serta meningkatkan semangat para peserta untuk terus memberikan kerjasama dalam menjayakan Wawasan Brunei 2035.
Program yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dengan kerjasama Pusat Pekerjaan Brunei, JPM antara lain bertujuan untuk menyuntik semangat dan menginspirasi anggota masyarakat dalam usaha-usaha meningkatkan pengetahuan serta pendedahan kepada aktiviti-aktiviti peningkatan kapasiti keusahawanan, inklusiviti dan kemampanan.