News
22 March 2025
Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu 2025
15 Januari 2024 - Seramai 29 orang tenaga pengajar yang baharu telah didedahkan mengenai Wawasan Negara semasa taklimat yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Taklimat yang diadakan di Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah sebahagian daripada sesi Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu 2025 yang diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Pada sesi taklimat tersebut, Yang Mulia Dayang Nur Edzalina binti Hj Idris, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, antara lain mengongsikan perkembangan pembangunan negara dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan Wawasan Brunei 2035. Taklimat ini adalah salah satu usaha Kementerian Pendidikan dalam melengkapkan tenaga-tenaga pengajar baharu dengan pengetahuan-pengetahuan asas yang diperlukan sebagai tenaga pengajar di sekolah kerajaan melalui sesi-sesi taklimat yang diberikan.