News
22 March 2025
Kursus Tarbiyyah Al-Ihsan
20 Januari 2025 - Seramai 34 orang pelajar di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) dan Pelajar Persendirian di bawah Kementerian Pendidikan menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Taklimat merupakan sebahagian daripada Kursus Tarbiyyah Al-ihsan yang berlangsung dari 16 Januari hingga 21 Januari 2025.
Taklimat yang diadakan di Bilik Senat, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, itu merangkumi pengenalan dan perkembangan terkini Wawasan Negara. Antara objektif taklimat ini adalah untuk para pelajar memahami dengan lebih mendalam mengenai perkembangan, cabaran-cabaran dan menyediakan platform untuk berkongsi pandangan ke arah usaha-usaha mencapai Wawasan Brunei 2035.