News
22 March 2025
Bengkel Pelan Strategik Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) Negara Brunei Darussalam
5 Februari 2025 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals – SDGs) kepada pihak pengurusan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) Negara Brunei Darussalam.
Dalam taklimat tersebut, PWB menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hasil pencapaian kebangsaan yang mendukung kepada matlamat-matlamat Wawasan Negara dan juga usaha-usaha dalam memajukan pembangunan mampan bagi SDGs. Taklimat ini adalah sebagai persiapan awal pihak AITI dalam merangka Pelan Strategik bagi tahun 2026-2030 melalui pensejajaran dengan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 dan SDGs.