News
24 March 2025
Taklimat Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perdana Menteri (Proper) Kali Ke 02/2025
6 Februari 2025 - Wawasan Brunei 2035 terus dibarigakan melalui Taklimat Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perdana Menteri (Proper) Kali Ke 02/2025 yang bertugas dalam Bangunan JPM. Taklimat disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB) yang diadakan di Dewan Teater, JPM.
Taklimat antara lain mengongsikan mengenai fungsi utama PWB dan menekankan kepentingan usahasama ke arah merealisasikan Wawasan Negara melalui pendekatan Whole of Government.
Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di JPM mengenai hala tuju organisasi serta tanggungjawab dalam mendukung pencapaian matlamat JPM.