News
24 March 2025
Mega Fiesta Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan 2025
12 Februari 2025 - Lebih dari 40 orang peniaga termasuk para pelajar, alumni, warga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 semasa Mega Fiesta KUPU SB 2025. Acara ini berlangsung selama dua hari bermula 12 Februari sehingga 13 Februari di Dewan Tarbiah, KUPU SB.
Taklimat yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengongsikan mengenai inisiatif-inisiatif ke arah pencapaian Wawasan Negara dan kemajuan terkini terutamanya bagi Matlamat 3 Wawasan Brunei 2035 iaitu Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan.