News
21 August 2025
Taklimat Sempena Pelancaran Rancangan Kemajuan Negara Ke 12
23 Mei 2025 – Wawasan Brunei 2035 terus dibarigakan semasa sesi taklimat sempena pelancaran Rancangan Kemajuan Negara Ke 12 di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang berlangsung selama tiga hari bermula 21hb Mei sehingga 23hb Mei 2025.
Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri bersama pihak daripada Sekretariat Bersama Jawatankuasa Kerja Wawasan Brunei 2035 bagi Manpower Blueprint, Social Blueprint, dan Economic Blueprint turut menyampaikan taklimat kepada orang awam termasuk pelajar-pelajar dari institut pengajian tinggi. Semasa sesi taklimat tersebut, PWB antara lain mengongsikan perkembangan pembangunan negara dan pencapaian Wawasan Brunei 2035. Aspirasi-aspirasi di bawah ketiga-tiga blueprints yang mendukung kepada matlamat-matlamat Wawasan Negara juga turut dikongsikan. Blueprints tersebut merupakan sebagai garis panduan dan hala tuju bagi agensi pelaksana dan pihak berkepentingan ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.