News
21 August 2025
Taklimat bagi Program Eksekutif Muda (Young Executive Programme, YEP) Kohot Ke-10
5 Jun 2025 – Para peserta Program Eksekutif Muda (Young Executive Programme, YEP) kohot ke-10 mendalami usaha-usaha dan perkembangan negara menerusi sesi taklimat Wawasan Brunei 2035 yang telah disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Taklimat menekankan pentingnya usahasama menyeluruh melalui pendekatan senegara ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Aktiviti interaktif dan perbincangan turut diselitkan bagi mengongsikan pandangan serta mencetuskan idea-idea bernas ke arah mendukung pencapaian ketiga-tiga matlamat Wawasan Brunei 2035.
Taklimat tersebut adalah salah satu pengisian bagi Program YEP yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam. Program yang berlangsung selama 13 minggu itu disertai seramai 29 orang yang terdiri dari pegawai dari Bahagian II (B2 / B2 EB3). Antara objektif program adalah bagi memberikan kemahiran dalam pengurusan diri, keberkesanan diri, kerja berpasukan dan kemahiran organisasi.