News
14 May 2018
Taklimat kepada peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan ke 7
Kompleks PKBN Temburong, 3 Mac 2018,
Peserta-peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bagi pengambilan ke 7 telah mengikuti sesi taklimat dan bengkel mengenai Wawasan Brunei 2035. Taklimat Wawasan yang diberikan telah memperkenalkan komponen Wawasan Brunei 2035 dan kemudiannya para peserta telah berpeluang secara berkumpulan untuk melakar harapan mereka menjelang tahun 2035 dan mengkongsikannya di dalam sesi bengkel.
Adalah diharap dengan adanya sesi seperti ini akan dapat mengerakkan para belia untuk menjadi lebih proaktif dalam sama-sama menjayakan wawasan. Seramai 374 orang peserta telah hadir pada sesi taklimat dan bengkel ini.