News
08 August 2020
Taklimat kepada Kementerian Tenaga pada 8hb Julai 2020
Jabatan Perdana Menteri, 08 Julai 2020
Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri meneruskan usaha-usaha pemberigaan dengan memberikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada Kementerian Tenaga. Seramai 60 pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat daripada Kementerian Tenaga telah menghadiri taklimat berkenaan.
Tujuan taklimat kepada penjawat awam diadakan adalah untuk memastikan pensejajaran diantara kesemua jabatan dan kementeriaan kerajaan dan mengukuhkan lagi pendekatan kerajaan secara "Whole of Government".
Sesi ini juga menumpukan terhadap matlamat ke-tiga di bawah Wawasan Brunei 2035 iaitu Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan kepada pegawai-pegawai di bawah Kementerian Tenaga untuk meningkatkan pemahaman serta mengemukakan pandangan dan sebarang pertanyaan mengenai isu-isu berkaitan dengan Wawasan Brunei 2035.
Ianya adalah amat penting bagi setiap pegawai dan kakitangan di kementerian dan jabatan kerajaan untuk memahami peranan mereka sebagai individu-individu yang aktif menjayakan Wawasan Brunei 2035.