Turn on more accessible mode
Turn off more accessible mode
Sign In
Kementerian
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Kewangan dan Ekonomi
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
  • Kementerian Pembangunan
  • Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
  • Kementerian Kesihatan
  • Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
  • Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian
Versi Bahasa Melayu | English Version
  • WB35
  • MATLAMAT 1
  • MATLAMAT 2
  • MATLAMAT 3
  • URUSTADBIR
    • Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035
  • Maklumat Awam
Edit Title Bar Properties
Untitled_1

Events
26 November 2022


Majlis Pelancaran Buku Bacaan dan Video Promosi Wawasan Brunei 2035

​

Jabatan Perdana Menteri, Selasa, 28 Zulhijjah 1441 bersamaan 18 Ogos 2020

 

            Jabatan Perdana Menteri hari ini telah mengadakan majlis pelancaran buku bacaan dan video promosi Wawasan Brunei 2035 di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri. Hadir di Majlis tersebut Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua selaku Timbalan Pengerusi Bersama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.  Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan jemputan-jemputan.

 

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam ucapan alu-aluan telah menyentuh mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana Baginda telah menekankan bahawa Wawasan Brunei 2035 perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Dengan kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Tertinggi Wawasan, Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 telah melaksanakan beberapa initiatif di bawah Program Komunikasi Wawasan Brunei 2035 yang dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran awam dalam mendukung usaha-usaha pelaksanaan Wawasan Brunei 2035. Ini termasuk penyediaan bahan promosi, mengadakan sesi pemberigaan dan taklimat awam bagi pihak-pihak yang berkepentingan, menghasilkan iklan radio dan menyediakan laman sesawang Wawasan Brunei 2035 iaitu www.wawasanbrunei.gov.bn. Semua usaha adalah khusus bagi menumpuk kefahaman dan penghayatan di setiap lapisan masyarakat untuk memastikan semua pihak akan berganding bahu untuk sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035.

 

Majlis telah menyaksikan Pelancaran Buku-Buku Wawasan Brunei 2035 bagi Sekolah Rendah dan Menengah, diikuti dengan penyerahan buku-buku berkenaan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Menteri Pendidikan. Buku-buku akan diagihkan kepada Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah serta perpustakaan-perpustakaan di seluruh Negara dan E-book akan diterbitkan di laman sesawang Wawasan Brunei 2035. Penerbitan buku bacaan ini adalah hasil usaha bersama Jabatan Perkembangan Kurriklum, Kementerian Pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis seterusnya diikuti dengan acara pelancaran video promosi Wawasan Brunei 2035 oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Video promosi terbitan sebuat Syarikat Media tempatan memberikan gambaran dan pesanan utama (key messages) berkenaan dengan Wawasan Brunei 2035 terutama sekali mengenai tiga matlamat Wawasan Brunei 2035. Video-Video ini akan dimainkan melalui saluran-saluran televisyen Kerajaan serta media sosial pihak kerajaan.


Countdown to Wawasan 2035
00
00
00
00
00
00
YRS
MOS
DAYS
HRS
MINS
SECS

Apakah Wawasan Brunei 2035?

Wawasan Brunei 2035 adalah hasrat negara bagi memastikan rakyat akan berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya; mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi; dan ekonomi negara yang dinamik dan berdayatahan menjelang tahun 2035

Sumber dan Rujukan

  • United Nations Development Programme (UNDP)
  • The World Bank
  • International Monetary Fund (IMF)
  • Asian Development Bank (ADB)

Pihak yang berkepentingan

  • Autoriti Monetari Brunei Darussalam
  • Jabatan Kemajuan Ekonomi Brunei (JPKE)
  • Brunei Economic Development Board (BEDB)
  • Darussalam Assets
  • Unit Dasar dan Perancangan Sumber Tenaga Manusia (MPPU)
  • Darussalam Enterprise (DARE)
  • Job Centre Brunei
  • Registry of Companies & Business Names Brunei
  • PSC Recruitment
  • Brunei Darussalam National Single Window
  • Gov.bn
  • Talian Darussalam 123
  • Land Application and Registration Information System (LARIS)
  • Pasar Pelbagai Barangan Gadong
  • Biz Brunei
  • Made in Brunei Market Fair
  • Jabatan Pembangunan Masyarakat
  • Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat
Visitor Count

 
1104487

Copyright © 2019 Wawasan 2035. All rights reserved.