News
14 November 2022
Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Pasukan Polis Diraja Brunei Tahun 2022
26 Mac 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Pasukan Polis Diraja Brunei (RBPF) Tahun 2022. Acara berlangsung di Bilik Eksekutif, Bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Seramai 20 pegawai menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah Binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB, yang antara lain menyentuh mengenai pengenalan kepada Wawasan Brunei 2035 terutama sekali fungsi PWB serta pencapaian dan cabaran bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan, Inovasi & Kemajuan (ILIA), UBD. Ianya bertujuan membantu para peserta memahami konsep asas dan ciri utama wawasan negara.