News
14 November 2022
Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei
30 Mei 2022 – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai usaha merealisasikan wawasan negara melalui pendekatan seluruh senegara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Radio Televisyen Brunei (RTB). Taklimat tersebut berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB.
Objektif taklimat adalah untuk memberikan pemberigaan serta pendedahan meluas kepada 25 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan RTB. Usaha ini juga bertujuan untuk memberikan wadah dan suntikan semangat komitmen kerja dalam menjalankan tugas mereka sebagai 'broadcaster' di RTB. Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada Kursus Induksi RTB yang diadakan pada 23 hingga 30 Mei 2022.