News
26 November 2022
Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
13 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat kepada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Auditorium, Markas Akademi Pertahanan ABDB, Kampung Tanah Jambu.
Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Pejabat Wawasan Brunei. Taklimat menyentuh mengenai pengenalan Pejabat Wawasan Brunei dan Wawasan Brunei 2035, termasuk kemajuan terkini serta inisiatif dan pencapaian Wawasan Brunei 2035. Acara diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai yang hadir.
Objektif taklimat adalah bertujuan bagi memberigakan serta memberikan pendedahan meluas kepada 73 orang pegawai ABDB yang akan menduduki peperiksaan kenaikan pangkat, mengenai usaha dan perkembangan Negara Brunei Darussalam ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035. Taklimat tersebut dikendalikan sebagai persiapan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Bahagian III bagi Pegawai-Pegawai Tauliah Tetap dan Khas Leftenan/Leftenan Madya ke Kapten/Leftenan (Laut) tahun 2022 yang bermula pada 6 Jun 2022.