News
15 November 2022
Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 12/2022
27 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri menerima lawatan daripada peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 12/2022.
Pejabat Wawasan Brunei memberikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada empat-puluh-dua (42) peserta kursus yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, dan pegawai-pegawai tentera dari luar negera iaitu daripada Arab Saudi, Australia, Bangladesh, Filipina, India, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Singapura serta United Kingdom.
Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Awang 'Abed Khairuddin bin Jufri dan diikuti dengan taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB. Taklimat menyentuh mengenai pengenalan terhadap peranan PWB dan strategi serta hala tuju Wawasan Brunei 2035 dalam pembangunan negara. Acara diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai yang hadir.
Antara objektif taklimat adalah bagi memperlihatkan dengan lebih dekat kepada peserta-peserta kursus mengenai situasi negara pada masa kini dalam usaha bagi menjaga dan memperkukuhkan lagi keselamatan, kestabilan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam.