News
15 November 2022
Universiti Teknologi Brunei Minggu Orientasi Sesi Akademik 2022/2023
19 Julai 2022 – Lebih 500 orang pelajar yang baru memasuki Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menghadiri Taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna, UTB.
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Haji Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB, menyentuh mengenai fungsi PWB serta cabaran dan pencapaian dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Selain itu, Dayang Hajah menasihati para pelajar untuk sentiasa proaktif dan siap siaga dalam memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan negara melalui pendekatan senegara.
Antara objektif taklimat tersebut adalah untuk memberikan pendedahan meluas terhadap Wawasan Brunei 2035 serta usaha-usaha dan perkembangan Negara kepada pelajar-pelajar baru yang sedang menjalani Minggu Orientasi Sesi Akademik 2022/2023 yang bermula pada 18 Julai 2022.