News
15 November 2022
Program Sivik Mahasiswi/Mahasiswa
31 Ogos 2022 – Seramai 50 peserta Program Sivik Mahasiswa/Mahasiswi menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Program tersebut dianjurkan kali pertama bagi tahun 2022 oleh Jabatan Penerangan, JPM yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.
Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada peserta.
Taklimat bertujuan untuk memberikan matlumat yang meluas tentang kemajuan negara bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035 selaras dengan tujuan Program Sivik tersebut iaitu memberikan kefahaman dan maklumat terkini hal ehwal kerajaan dan negara, memupuk dan menanam semangat kenegaraan berteraskan falsafah 'Melayu Islam Beraja'.
Peserta Program Sivik Mahasiswi/Mahasiswa adalah terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Tahun 2 dari universiti-universiti dalam dan luar negara. Ianya berlangsung selama empat hari bermula dari 29 Ogos 2022.