News
15 November 2022
Kursus Induksi RTB Ke 54
26 September 2022 - Lebih kurang 30 orang peserta Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei (RTB) Ke-54 telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.
Taklimat yang menyentuh mengenai pengenalan Wawasan Brunei 2035 serta inisiatif-inisiatif dan perkembangan negara hingga ke hari ini merupakan perkara-perkara yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB, JPM. Semasa menyampaikan taklimat, beliau juga menekankan akan kepentingan pendekatan senegara yang mana setiap lapisan masyarakat memainkan peranan penting untuk merealisasikan wawasan negara.
Peserta-peserta kursus terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan RTB. Taklimat ini merupakan salah satu sesi yang dimuatkan dalam Kursus Induksi RTB yang diadakan pada 19 September 2022 hingga 26 September 2022 dengan objektif bagi memberikan wadah dan suntikan semangat komitmen kerja dalam menjalankan tugas penyiar 'broadcaster' di RTB.