News
15 November 2022
BSP Bersatu Open Week
4 Oktober 2022 - Inisiatif-inisiatif dan perkembangan mengenai Wawasan Brunei 2035 adalah antara perkara yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada warga Brunei Shell Petroleum Company Sdn Bhd (BSP) semasa BSP Bersatu Open Week.
Taklimat yang diadakan di Atrium, BSP, Seria disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Khairil Bahriah binti Pengiran Hj Mohd Ali, Pemangku Timbalan Pengarah, PWB.
Antara objektif taklimat tersebut adalah untuk memberikan kesefahaman kepada pegawai dan kakitangan BSP tentang cara bagaimana untuk mendukung aspirasi Negara.