News
21 November 2022
Kursus Induksi Perkhidmatan Awam - Jabatan Kehakiman Negara
17 Oktober 2022 - Dalam meningkatkan kesedaran mengenai wawasan Negara, kira-kira 24 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan Kehakiman Negara telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Taklimat yang diadakan di Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-mahkamah Syariah itu disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB, JPM.
Sesi taklimat tersebut menerangkan, antara lain mengenai kepentingan usahasama melalui pendekatan seluruh perkhidmatan kerajaan ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035 serta usaha-usaha dan perkembangan Negara.
Taklimat ini merupakan sebahagian daripada pengisian Kursus Induksi Perkhidmatan Awam yang diadakan selama lima hari secara in-house pada 17 Oktober 2022 hingga 22 Oktober 2022.