News
02 December 2022
Program Jati Diri Kohort 1 (Sesi II)
18 Oktober 2022 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneruskan lagi pemberigaan mengenai Wawasan Brunei 2035 kali kedua kepada Platun 4, 5 dan 6 bagi Program Jati Diri Kohort 1 yang berlangsung di Kem Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.
Lebih kurang 85 peserta Progam yang terdiri daripada penuntut-penuntut Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB.
Selain dari menyentuh mengenai perkembangan dan cabaran bagi merealisasikan wawasan Brunei, beliau juga menyeru para penuntut agar menjadi belia yang proaktif untuk menggerakkan agenda pembangunan negara.
Taklimat berkenaan juga diselitkan dengan beberapa aktiviti untuk menggalakkan para platun bekerja secara berpasukan serta meningkatkan produktiviti dan kesedaran yang berhubung dengan Wawasan Brunei 2035.
Program Jati Diri adalah hasil kolaborasi bersama beberapa agensi iaitu IBTE, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN) dan Sekretariat Manpower Planning and Employment Council (MPEC).
Seramai 215 pelajar IBTE kohort pertama jurusan Industrial Skills Qualification (ISQ) dan iSkill sedang menjalani latihan Program Jati Diri selama 3 bulan mulai 20 Ogos 2022 sehingga 17 November 2022. Program ini bertujuan untuk meningkatkan, memupuk serta mengukuhkan integriti, disiplin, tanggungjawab, kerohanian dan mengubah minda pelajar IBTE agar lebih berdaya tahan, berdaya saing dan mampan.