News
26 November 2022
Bengkel Rangka Peluang: Pride in BSP
26 Oktober 2022 - Pembangunan sesebuah negara di masa hadapan amat bergantung kepada penglibatan semua pihak sama ada kerajaan mahupun sektor swasta melalui pendekatan senegara, adalah antara perkara yang ditekankan di dalam taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Hjh Huraini binti POKSJDP Hj Hurairah, Pengarah Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bengkel Rangka Peluang: Pride in BSP.
Antara objektif bengkel anjuran Brunei Shell Petroleum Company Sdn Bhd (BSP) tersebut adalah bagi memahami persekitaran dalaman dan luaran yang boleh memberikan impak kepada perancangan BSP dalam menyumbang ke arah sosial, pendidikan, teknologi, alam sekitar dan capability building contributions.
Hadir pada bengkel yang berlangsung di Brunei Innovation Lab, Anggerek Desa terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, sektor swasta dan BSP.
Dalam taklimat tersebut, Dr Hjh Huraini menerangkan akan kepentingan mempersiapkan diri untuk persekitaran baharu terutama dalam mengharungi masa hadapan yang keadaannya lebih tidak menentu, persekitaran global yang tidak dapat diramalkan dan perubahan yang lebih pantas berbanding sebelum ini.
Taklimat Wawasan Brunei 2035 diteruskan dengan sesi pengongsian daripada wakil Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Jabatan Tenaga; Manpower, Planning and Employment Council; dan Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS).