News
02 December 2022
Program Masyarakat Bermaklumat bagi Muslimah Masjid-Masjid Daerah Brunei dan Muara
29 Oktober 2022 - Kira-kira 40 Muslimah Masjid-masjid Daerah Brunei dan Muara menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Auditorium, Jabatan Penerangan. Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan.
Untuk meningkatkan kefahaman yang meluas tentang wawasan negara, Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I mengongsikan beberapa maklumat utama mengenai kemajuan serta cabaran negara untuk merealisasikan ketiga-tiga matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; kualiti kehidupan rakyat yang tinggi; dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
Program tersebut juga diharap akan dapat menyuntik semangat keBruneian dalam terus memberikan kerjasama mendukung aspirasi Negara.