News
02 December 2022
Program Masyarakat Bermaklumat bagi Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah RPN Kg Mentiri, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah Kg Sungai Akar dan Masjid Kg Sungai Bunga
15 November 2022 - Jabatan Penerangan terus memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat bermasyarakat dan isu-isu semasa melalui Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) kepada rakyat di negara ini. Antara acara yang diterapkan dalam program tersebut ialah Taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Lebih kurang 40 peserta Muslimah dari Masjid Hassanal Bolkiah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah Kampung Sungai Akar, dan Masjid Kampung Sungai Bunga menghadiri taklimat berkenaan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Amalina binti Hj Awang Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan.
PMB dikendalikan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan antara lainnya taraf hidup rakyat seperti melalui aktiviti keusahawanan, taklimat-taklimat serta lawatan.