News
03 December 2022
Program Masyarakat Bermaklumat bagi Jemaah dan Muslimah Masjid Al-Muhtadee Billah Kampong Sungai Kebun
21 November 2022 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri terus mendukung Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) anjuran Jabatan Penerangan dengan mengadakan pemberigaan Wawasan Brunei 2035 kepada seramai 50 jemaah dan muslimah daripada Masjid Al-Muhtadee Billah Kampong Sungai Kebun yang diadakan di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.
Selain daripada menambah ilmu pengetahuan para peserta mengenai Wawasan Brunei 2035, Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I juga menyentuh tentang peranan dan tanggungjawab setiap individu sebagai masyarakat, pemimpin dan belia bersatu padu berusaha bagi mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.