News
20 December 2022
Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) on Public Service Delivery Reform through Cross-Agency Coordination
29 Nov 2022 - Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) on Public Service Delivery Reform through Cross-Agency Coordination yang berlangsung secara dalam talian mendedahkan para peserta kepada perkembangan negara ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035. Taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri dihadiri oleh seramai 30 pegawai kanan dari negara-negara ASEAN serta pemerhati dari Sekretariat ASEAN dan Timor-Leste.
Dalam taklimat tersebut, Yang Mulia Pengiran Khairil Bahriah binti Pg Hj Mohd Ali, Pemangku Timbalan Pengarah PWB menyentuh mengenai strategi serta hala tuju Wawasan Brunei 2035 dan peranan perkhidmatan awam untuk memacu pembangunan negara.
Bengkel yang dijalankan selama dua hari pada 29 hingga 30 November 2022 tersebut diungkayahkan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Antara objektif bengkel tersebut adalah untuk berkongsi amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan awam dan mendorong usaha kerjasama, penyelarasan dan perkongsian maklumat merentas agensi.