News
27 December 2022
Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)
12 Dis 2022 - Taklimat mengenai hala tuju Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan melalui Kursus Induksi anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri.
Seramai 135 peserta berpeluang mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB yang berlangsung di Dewan Isyraq, IPA. Beliau turut mengongsikan pengenalan terhadap peranan PWB dan strategi yang dilaksanakan ke arah menuju Wawasan Negara dalam pembangunan negara.
Kursus Induksi berkenaan dihasratkan dapat mengukuhkan jati diri pada menyuntik semangat untuk terus memberikan kerjasama dalam mendokong aspirasi Negara.