News
30 January 2023
Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Peringkat Pertengahan (EDPMMO) Kohot Ke-33
26 Januari 2023 – Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 telah dihadiri oleh 28 peserta Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Peringkat Pertengahan (EDPMMO) Kohot Ke-33 yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri menyampaikan taklimat tersebut di Dewan Ittijah, IPA.
Taklimat ini memberikan para peserta pemahaman mendalam mengenai matlamat-matalamat wawasan Negara serta inisiatif dan perkembangan terkini ke arah menuju Wawasan Brunei 2035. Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Amalina binti Hj Awg Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan.
EDPMMO yang dijalankan bermula 24 Januari 2023 hingga 29 April 2023 bertujuan untuk membangun keupayaan pemimpin di kalangan pegawai yang berpotensi dan bersedia serta berinspirasi untuk menjawat jawatan kepimpinan dalam perkhidmatan awam, serta meningkatkan pembangunan keupayaan yang komprehensif.