News
11 March 2023
Taklimat bagi Second Echelon Civil Service Exchange Programme (CSEP)
31 Januari 2023 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat mengenai Delivering Priorities of the Wawasan Brunei 2035 kepada 21 peserta Second Echelon Civil Service Exchange Programme (CSEP) yang ke-20 anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dan Civil Service College (CSC) Republik Singapura. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan Ittisal, IPA.
Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Dr Hjh Huraini binti POKSJDP Haji Hurairah, Pengarah PWB menyentuh tentang kepentingan Wawasan Brunei 2035 terutama sekali dari sudut perkembangan masa kini dan hala tuju masa depan negara. Beliau juga turut memberikan penjelasan tentang Wawasan Negara yang berhubung kait dengan tema program tersebut iaitu “Resilience in a Changing World".
Program berkenaan dijalankan selama empat hari bermula 30 Januari hingga 2 Februari 2023 yang mana Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah bagi program tahunan pada kali ini.
Antara objektif program tersebut adalah sebagai landasan pertukaran pengetahuan dan pengalaman menghadapi serta mengatasi cabaran-cabaran dalam pentadbiran Perkhidmatan Awam dan untuk mengongsikan perkembangan terkini serta inovasi-inovasi yang diperkenalkan dalam memperkesankan sistem dan jentera pengurusan Perkhidmatan Awam.