News
11 March 2023
Taklimat bagi Program Eksekutif Muda Kohot Ke-7
7 Febuari 2023 – Seramai 28 peserta Program Eksekutif Muda Kohot Ke-7 telah mengikuti taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei. Taklimat diadakan di Bilik Ittijah, Institut Perkhidmatan Awam (IPA).
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Amalina binti Hj Awg Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan menyentuh tentang perkembangan dan kepentingan usahasama melalui pendekatan seluruh perkhidmatan Kerajaan (Whole of Government) ke arah merealisasikan Wawasan Negara. Ianya diikuti dengan sesi perbincangan diantara peserta-peserta YEP, dalam berkongsi pandangan mengenai Wawasan Brunei 2035.
Program yang dikendalikan oleh IPA itu dijalankan bermula 28 Januari 2023 hingga 22 April 2023. Antara objektif program adalah memberikan kefahaman mengenai dasar, sistem pendtadbiran, peraturan kerajaan dan juga adat resam Negara.